Tentang Kami

Tentang Kami – RetortPro HQ
RetortPro HQ Fasiliti Pasukan RetortPro Event RetortPro
Bertam, Kepala Batas — Penang ✦ Est. 2024

Bagaimana RetortPro HQ Bermula

RetortPro HQ ditubuhkan dengan misi membantu usahawan makanan menghasilkan produk tahan lama, selamat dan berkualiti tanpa menjejaskan rasa asli.

Kami pakar dalam teknologi retort moden yang membolehkan produk seperti sambal, rendang dan ready-to-eat bertahan sehingga 2 tahun tanpa bahan pengawet berbahaya. Bukan sekadar membekalkan mesin, kami menyediakan sistem, bimbingan dan solusi lengkap untuk membantu bisnes makanan berkembang lebih jauh dan menembusi pasaran yang lebih besar.

Hubungi Kami

Nilai Yang Kami Pegang Setiap Hari

Misi kami di RetortPro HQ adalah untuk memperkasakan usahawan makanan melalui teknologi retort moden, memastikan setiap produk kekal segar, selamat, dan tahan lama tanpa menjejaskan kualiti rasa asli.

Teknologi Retort Moden

Kami pakar dalam solusi teknologi retort yang membolehkan produk seperti sambal dan rendang bertahan sehingga 2 tahun tanpa bahan pengawet berbahaya.

Kualiti & Rasa Asli

Sistem kami direka khas untuk memastikan produk Ready-to-Eat (RTE) mengekalkan tekstur dan profil rasa yang sama seperti masakan segar dari dapur.

Pemacu Pertumbuhan Bisnes

Kami bukan sekadar menjual mesin. Kami menyediakan sistem lengkap dan bimbingan strategik untuk membantu bisnes anda menembusi pasaran global yang lebih besar.

Sokongan Usahawan Menyeluruh

Dari bimbingan teknikal hingga solusi operasi, kami komited menjadi rakan strategik anda — dari pengeluaran kecil hingga sistem yang lebih sistematik.

Di Sebalik Teknologi Kami

Bagaimana produk tahan 2 tahun dihasilkan?

Temui rahsia di sebalik setiap pek — daripada masakan dapur hingga ke proses retort moden, kepakaran kami memastikan kualiti tanpa kompromi!

Orang Di Sebalik RetortPro HQ

Pakar berdedikasi yang memastikan setiap perkhidmatan kami mencapai standard tertinggi.

En. Abdul Waffiy Bin Rosli

En. Abdul Waffiy Bin Rosli

Pengarah Eksekutif

Menerajui hala tuju strategik Waffiy Industries Sdn. Bhd. dengan visi memajukan industri pemprosesan makanan melalui teknologi moden dan sistem yang efisien. Memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan dan pengukuhan jenama.

Pn. Fatin Atiqah Binti Aliffin

Pn. Fatin Atiqah Binti Aliffin

Pengurus Kanan

Memainkan peranan penting dalam mengurus dan menyelaras operasi harian syarikat. Dengan pendekatan sistematik dan berfokus, beliau memastikan setiap proses berjalan dengan lancar.

Mohamad Danny Hakim

Mohamad Danny Hakim Bin Mohd Faizol

Eksekutif Operasi & Penyelenggaraan Retort

Bertanggungjawab memastikan operasi mesin retort berjalan optimum dan selamat, termasuk penyelenggaraan berkala dan pemantauan prestasi mesin.

Reviews & Awards

“Kepercayaan Pelanggan, Keutamaan Kami”

★★★★★

“Mesin retort sangat mudah digunakan walaupun saya beginner.”

Pada mulanya saya risau susah nak operate, tapi selepas training, semuanya jadi senang. Sistem automatik sangat membantu, dan hasil produk konsisten setiap batch. Memang berbaloi pelaburan!

HM

Hafiz M.

Owner Frozen Food

★★★★★

“Produk lebih tahan lama & selamat untuk dipasarkan.”

Selepas guna retort, shelf life produk saya meningkat dengan ketara. Tak perlu risau cepat rosak atau pembungkusan kembung. Ini memang game changer untuk bisnes saya!

FK

Faizal K.

Pengusaha Ready-To-Eat Food

★★★★★

“Dari zero sampai jadi produk marketable.”

Saya memang langsung tak ada pengalaman retort, tapi team bantu dari basic sampai siap jual. Dari pilih packaging, setting suhu, sampai kira shelf life — semua dibantu. Memang lengkap!

NH

Nur Hidayah

Usahawan Makanan

★★★★★

“Sangat sesuai untuk newbie.”

Kalau tak pernah guna mesin pun, masih boleh belajar dengan cepat. Interface mesin pun user-friendly, tak complicated.

HK

Hakimi

Startup F&B

★★★★★

“Training sangat jelas & mudah faham.”

Cara explain sangat simple walaupun benda teknikal. Lepas training terus confident nak run sendiri. Tak rasa susah langsung.

FI

Farah I.

Homebased Food Seller

Kami Pakar Retort Terpercaya di Malaysia

RetortPro HQ menawarkan teknologi retort moden yang membolehkan produk sambal, rendang dan ready-to-eat anda bertahan sehingga 2 tahun — tanpa bahan pengawet berbahaya, tanpa kompromi rasa asli.

Hubungi Hari Ini

Telefon

011-5889 9574

En. Abdul Waffiy – Pengarah Eksekutif RetortPro HQ
RetortPro Navbar Preview

Preview Navbar RetortPro HQ

Hover pada Service untuk tengok dropdown. Cuba resize window untuk tengok mobile hamburger menu.